Like Like Like..

Khamis, 31 Januari 2013

Ampuni aku ya Allah



assalamaualaikum...Lewat malam ni aku melelapkan mata...Kenapa aku tak amek peluang ni untuk ku bertemu yang Kekasih abadiku...Ya allah..Lemahnya iman ini..Rapuhnya kekuatanku pada Mu..
Apa yang telah aku lakukan pada malam ni..Seharian ini apa yang telah aku lakukan..Mata ku..Apa yang aku lihat..telinga ku apa yang ku mendengar..Lidah,bibir ku adakah sentiasa basah dengan berzikir pada Mu..Tidak..Semua tu jauh dari diriku..Astagfirullah...Istigfar aku dalam hati...Ya allah hina nya diri ini..di mana pengangan agama ku? Dimana didikan agama yang aku dapat? Kenapa tidak aku amal kan..Kenapa sukar benar untuk aku lakukan apa yang kau perintahkan..
kenapa senang untuk ku turutkan hawa nafsu??Ya allah lemahnya iman ku..Terlalu lemah iman ku..kenapa aku tidak dapat melawan nafsu itu...Di mana akal ku untuk berfikir...
Ya allah..Aku ingin kembali pada firtrah..Aku ingin kembali pada Mu ya allah..
Kau bantulah aku..Kau tunjuk kan lah aku jalan kebenaranMu..Berikan lah aku hidayah Mu ya allah..Aku ingin hidup dalam redhaMu..Hipokritnya aku...Ya allah ampuni aku...Ampuni aku ya allah...Aku memohon ampun pada Mu...Terima lah taubat ku ya allah....Hina nya kau di hadapan Mu..Jijiknya ku ya allah...Ampunilah aku..Moga kau mendengar rintihan ini...
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Rabu, 30 Januari 2013

Siti Hajar Dirimu Seindah Namamu



Assalamualaikum..Malam ni entah kenapa tiba tiba hati ni nak baca sekali lagi blog mujahidah2u.blogspot.com Artikel pasal Siti Hajar.Seorang pelajar yang berumur 20tahun mesti di antara korang yang dah baca artikel tu...Satu artikel yang cukup menyentuh hati setiap pembaca..

Masuk malam ni dah lebih 10 kali pok cik baca artikel "RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR"Artikel yang membuat pok cik sedar kehidupan kita di dunia ni hanya karana allah subhanahu wa ta'ala.Mampu kah kita menjadi seperti siti hajar.Seorang remaja yang setiasa Ittaqullah (takut kepada Allah)..

Entah lah kalau pok cik berada di situasi siti Hajar pok cik rasa tak mampu untuk menjadi seperti beliau.

Ni Sedikit Kisah Hari Hari Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir Seorang Mujahidah Yang Pernah Bersekolah Di Pondok Dan Maahad Di Kelantan

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

6 Jan 2013 (Ahad)

Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)

Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)

Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)

Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tak ada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)

Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)

Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)

Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)

Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)

Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang solehah. Al-Fatihah…
Artikel ini disiarkan di blog Mujahidah2u 
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Selasa, 29 Januari 2013

Tips untuk IbuBapa dan Bakal IbuBapa



Kadang-kadang kita x tahan bila anak kita degil dan nakal. kita marah dan pukul mereka tapi sedar kah kita yang mereka adalah cermin diri kita.

- Tidak pernah degil dan nakal kah kita dengan orang tua kita, sahabat handai dan kenalan kita?
- Tidak pernah kah kita melakukan laranganNya dan meninggalkan suruhanNya?
- Selalu kah kita mengingati Allah dan Rasul-RasulNya?
- Selalu kah kita menjadikan Al Quran sebagai panduan dan peraturan kita?

Bersabarlah, pasti ada hikmahNya.
Kami tak tahu ini rahmat atau musibah, Kami hanya bersangka BAIK kepada ALLAH.

Cermin diri, Audit diri.

p/s: bukanlah untuk menyalahkan sesiapa, tapi untuk diri sendiri supaya sentiasa mempertingkatkan iman di dada supaya tidak lagi menyalahkan orang lain dan dapat menjadi insan yang dapat memberi banyak manfaat kepada ummah dan melahirkan generasi jutawan iman & taqwa.
Credit:fb: Bercinta Selepas Nikah
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Isnin, 28 Januari 2013

Kelantan Darul Naim



Kelantan Darul Naim merupakan  negeri yang unik terutama dari aspek politik dan sosio-budaya masyarakatnya.  Dilihat dari perspektif sejarah pemerintahan,  Kelantan merupakan satu-satunya negeri di Tanah Melayu yang diperintah oleh raja perempuan iaitu Tuan Puteri Cik Siti Wan Kembang.  Oleh sebab itulah sehingga kini Kelantan masih digelar dengan nama Negeri Cik Siti Wan Kembang.

Kerajaan Kelantan berpayung di bawah naungan ke Bawah DYMM Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail

Kelantan ditadbir oleh kerajaan PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat selaku Ketua Menteri Besar Kelantan pada ketika ini.  Tuan Guru Nik Aziz,  merupakan pemimpin yang amat menitikberatkan ciri-ciri keislaman dalam pentadbirannya selaras dengan prinsip perjuang "Membangun Bersama Islam".  Kesederhanaan sikap beliau bukan sahaja menjadikan beliau disanjungi oleh rakyat Kelantan, malah turut dikagumi oleh rakyat di negeri lain.  Di bawah pimpinan beliau, Kelantan mengalami banyak perubahan dan kemajuan dalam pembangunan setanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Pentadbiran di Kelantan terbahagi kepada 10 unit pentadbiran.  Unit-unit pentadbiran ini dikenali dengan nama "Tanah Jajahan", berbeza dengan unit pentadbiran di negeri-negeri  lain di Semenanjung yang dikenali dengan nama "Daerah".  Jajahan tersebut ialah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Putih, Machang, Bachok, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli.

Kota Bharu merupakan ibu negeri Kelantan. Di bandar inilah saya dilahirkan dan dibesarkan . Semasa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang bandar ini dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga.  Kini Kota Bharu diberi nama jolokan "Kota Bharu Kota Budaya", sinonim dengan peranannya yang menjadi pusat kegiatan budaya bagi rakyat seluruh negeri Kelantan.

Jika anda berkunjung ke Kota Bharu tidak sah jika anda tidak singgah ke pasar utama di Kota Bharu seperti Pasar Besar Siti Khadijah , Bazar Tok Guru dan Bazar Buluh Kubu untuk membeli pelbagai barangan dan cenderamata sebagai kenangan.  Ketiga-tiga pasar utama tersebut terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Selain menjual pakaian, makanan dan barangan dapur, beranika barang perhiasan seperti perak dan tembaga juga boleh didapati di sini.

 Jika anda bermalam di Kota Bharu pula jangan lupa untuk menikmati pelbagai juadah istimewa di Medan Selera Kota Bharu. Kedudukannya yang strategik    iaitu berhampiran dengan pusat perhentian bas utama dan di kelilingi oleh pusat beli-belah utama menjadikan tempat ini "hidup" sehingga ke pagi. Beranika kuih dan lauk tradisional dan moden  boleh dibeli sini dengan harga yang cukup istimewa.   Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan.  Manakala bagi anda yang meminati kuih tradisional Kelantan jangan lupa untuk merasa kuih "tahi itik'', akak, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, dan pelbagai lagi kuih lain yang dijual di sini.  Kemanisannya pasti akan menjadi kenangan yang paling manis kepada anda ketika  berkunjung ke Kelantan.  Hehehe...

Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga .  Selain terkenal dengan batik , Kelantan juga terkenal dengan tenunan Songket.  Bidang ini juga dimonopoli oleh kaum wanita.

Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini.  Sehubungan dengan itulah, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 Km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.  Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan wahana kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing.  Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah  Dikir Barat, Wayang Kulit, Mak Yong, Rebana Ubi , Permainan gasing   dan Wau Bulan.   Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir.

Dari sudut pendidikan, Kelantan amat menitikberatkan pendidikan agama.    Suatu ketika dulu Kelantan pernah menjadi pusat tumpuan ulama dari serata tempat dan sehingga kini masih terkenal dengan  nama jolokan negeri Serambi Mekah.  Banyak rakyat dari luar Kelantan datang ke sini semata-mata untuk mendalami ilmu agama.  Oleh sebab itu tidak hairanlah jika sekolah-sekolah agama atau lebih dikenali sebagai sekolah pondok muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.  Sekolah Pondok Terusan yang terletak di Pasir Tumboh Kota Bharu, merupakan antara sekolah pondok yang terkenal di Kelantan dan Tok Guru Kenali pula merupakan tokoh guru agama yang sudah tidak asing di Kelantan suatu ketika dulu.

Di samping pendidikan agama,  kerajaan Kelantan juga menitikberatkan pendidikan akademik. Di samping sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan, sekolah swasta juga banyak didirikan di Kelntan untuk memberi peluang kepada pelajar yang tercicir menyambung pelajaran mereka.   lnstitut Padang Merdeka [IPM], Sekolah Kadir Adabi, Institut Za'ba, dan Kolej Budaya merupakan antara sekolah swasta yang sudah terkenal di Kelantan. Sekolah-sekolah ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar di luar Kelantan. Sebagai sekolah yang mengutamakan kualiti sekolah-sekolah swasta ini juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah  bantuan penuh kerajaan.

Majoriti daripada peduduk Kelantan terdiri daripada orang Melayu yang beragama lslam.  Ciri-ciri kemelayuan amat dominan di Kelantan sehinggakan rakyat Kelantan berketurunan Cina dan Siam telah diasimilasikan dengan kebudayaan Melayu-Kelantan.  Bukanlah satu kejanggalan jika anda mendapati kebanyakan rakyat Kelantan khususnya yang berketurunan Cina dan Siam berpakaian seperti orang Melayu, masak masakan cara Melayu dan  amat fasih bertutur dalam loghat Melayu Kelantan.

Kalau di kampung-kampung mereka juga turut dipanggil dengan nama timangan Melayu oleh jiran-jiran mereka yang rata-ratanya berbangsa Melayu.  Semua itu telah serasi dengan kehidupan mereka seharian.  Sesungguhnya perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang bagi seluruh rakyat Kelantan untuk hidup di bawah satu rumpun budaya yang sama.  lkatan ini itulah yang menjadikan hubungan mereka amat erat walaupun berlainan agama.

Seperti negeri-negeri lain di Malaysia, Kelantan juga tidak kalah dengan pusat-pusat pelancongan yang mampu menggamit dan memukau pelancong berkunjung ke sini.   Hutan Lipur Jeram Pasu,Hutan Lipur Jerang Linang, Lata Rek, Lata Bakah, Tasik Pergau,Jeli, Pantai Cinta Berahi atau kini dikenali dengan nama Pantai Cahaya Bulan, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Irama,Pantai Sri Tujuh, Pantai Sabak dan banyak lagi amat kaya dengan keindahan alam semulajadi yang masih kekal.


Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Tiga Langkah Sebelum Pintu Taubat Tertutup


Sebusuk apa pun maksiat yang telah dilakukan dan sebanyak apa pun dosa yang telah dibuat, bila manusia kembali kepada jalan Allah, maka Allah SWT akan menerima taubatnya. Bahkan, terhadap orang yang kafir sekalipun, bila ia memeluk agama Islam, Allah akan mengampuni segala dosanya.

Pintu taubat sentiasa terbuka. Dan, Allah SWT akan senantiasa menanti kedatangan hamba-Nya yang akan bertaubat. Namun demikian, tidak selamanya pintu taubat terbuka. Ada saatnya pintu tersebut tertutup rapat, terutama pada dua keadaan.

Pertama, ketika nyawa manusia sudah berada di kerongkong. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong." (HR Tirmidzi).

Kedua, ketika matahari terbit dari tempat terbenamnya. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah menerima taubatnya." (HR Muslim).

Bila pintu taubat telah tertutup maka penyesalan, permohonan ampunan, perbuatan baik, dan keimanan orang kafir tidak akan bermanfaat lagi. Sebab, Allah SWT tidak akan menerimanya. "Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah: "Tunggulah olehmu, sesungguhnya kami pun menunggu (pula)." (Surah al-An'am [6]: 158).

Hal ini harus menjadi perhatian kita untuk tidak menunda-nunda dalam bertaubat. Sebab, bila tidak akan dilakukan maka bukan tidak mungkin hal itu akan menenggelamkan kita pada kemaksiatan yang pada akhirnya diri kita akan menganggap baik setiap sesuatu yang buruk.

Selagi kita hidup di dunia, mari kita gunakan kesempatan ini untuk menyikapi bersiap diri sebelum pintu taubat tertutup.

Pertama, bersegera melakukan taubat. "Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (QS An-Nisa [4]: 17).

Kedua, bersegera melakukan pelbagai macam kebaikan sebelum datangnya masa yang menyebabkan kita sukar untuk melakukan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda, "Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amal-amal soleh, kerana akan terjadi berbagai fitnah yang menyerupai malam yang gelap gelita." (HR Muslim dan Tirmidzi).

Ketiga, berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Dengan takwa kita akan diberi kemampuan untuk membezakan yang benar dan salah. (Surah al-Anfaal [8]: 29).

sumber republika.co.id
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Sabtu, 26 Januari 2013

Jalan Jalan Ke Rantau Panjang



Assalamualaikum..Hari pok cik nak cerita pasal topik jalan jalan..Mesti korang fikir sebab apa pok cik nak cerita topik jalan jalan ni..Korang baca balik tajuk kat atas(Jalan Jalan Ke Rantau Panjang)..benda ni tak rancang pun tiba tiba je nak pergi..rancang nak pergi gua entah macam mana sampai rantau panjang pulak..hehe

Pok cik pergi rantau panjang niat nak cari baju t-shirt kosong..Tapi tak jumpa :( puas duk mencari tapi tak jumpa juga..Niat hati nak buat design kat baju yang nak beli tu macam ganbar kat bawah ni..Tapi nak buat macam mana dah tak jumpa tak ada rezeki lagi.


Tapi pok cik bukan nak cerita pasal pergi rantau panjang.Pok cik Nak cerita pasal sepanjang perjalanan ke destinasi yang nak dituju tu apa yang kita perlu buat.Ingat satu benda yang kita kena fikir kita duduk atas bumi allah..Jadi apa apa benda yang kita buat.Niat kita kerana allah..InsyaAllah kita akan selamat dalam sepanjang perjalanan..

Sampai waktu solat kena solat.Jangan duk qada pulak solat tu..kalau dari kelantan pergi kuala lumpur pun wajib kena solat qasar kalau tak nak solat macam biasa sebab musafir..Ni dari kota bharu ke rantau panjang nk qada aduuss..Pok cik duduk kelantan nie alhamdulillah sebab setiap satu kilometer jumpa masjid.tak ada sebab kita perlu qada solat kita jangan jadikan sebab seluar kita kotor tak boleh solat.Sebab setiap masjid ade sediakan kain pelikat..

Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu.

P/s:Harap Korang Faham Apa Yang Pok Cik Tulis..Tiap tiap Manusia Ada Buat Salah 
Sebab Kita Tak Sempurna..Sebab Itu lah kita perlu bertaubat.

Sesungguhnya, Allah cinta kepada orang yang selalu bertaubat, dan cinta kepada orang yang selalu mensucikan dirinya, dan Dia menukarkan amalan-amalan jahat dengan amalan-amalan baik. Dosa yang disertakan taubat, semestinya terhasil bagi orang itu ibadat, khusyuk, tawadhu', doa dan selain itu yang tidak terhasil sebelum itu

"Sekiranya taubat bukan sesuatu yang paling dicintai olehNya, sudah tentu Dia tidak menguji makhluk yang paling mulia dengan dosa." '[Dinukilkan daripada kitab Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyah oleh Ibn Taymiyah]


Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Khamis, 24 Januari 2013

Tanpa cinta hidup tak bahagia..???


Tanpa cinta hidup tak bahagia..???Mesti ramai yang cakap entry apa yang pok cik merepek ni..Mula-mula pok cik pun tak tahu nak tulis apa.Tiba tiba teringat pada satu status kawan Facebook pok cik 2,3hari lepas.Buyi lebih kurang macam ni,,

"Sejak putus cinta dengan ex boyfriend ni kenapa hidup saya tak happy.:(
Nak cari boyfriend baru..!!!!Sapa sapa yang nak jadi boyfriend saya like status ni.
Orang Yang like pertama status ni akan jadi boyfriend saye...heheh

P/s:Pastikan yang nak like tu  single...:)"

Nak tahu berapa orang like..264 Orang yang like..ramai kan..Ya lah tuan punya badan memang cantik mesti ramai yang like..Status status  dia sebelum ni pun memang ramai yang like juga..Tak tahu lah status tu untuk sakitkan hati  ex boyfriend atau memang betul dia memang nak cari boyfriend baru..

Okay kita berbalik pada topik kita takdi..Tanpa cinta hidup tak bahagia..???
Tapi maksud pok cik bukan bercinta lepas kawin.Tapi bercinta sebelum kawin.Adakah kita
takkan bahagia kalau tak bercinta sebelum kawin..??

Setiap manusia yang normal pasti akan rasa keinginan untuk bercinta sebab itu adalah satu benda yang normal.tapi adakah kita takkan bahagia kalau tak bercinta sebelum kawin..

Bagi pok cik bercinta sebelum kawin takkan menjamin kebahagiaan seseorang sebab cinta tu lahir hati bukan dari mata.biarpun kita cinta si dia dari hati adakah si dia juga mencintai kita dari hati..??Cuma si dia je yang tahu..

Pok cik percaya mesti ramai yang rasa tak bahagia kalau tak bercinta kan..?? Pok cik cuma nak tahu lama mana korang boleh bahagia dengan pasangan korang mesti tak lama kan..??Kalau lama pun 2,3tahun..Kalau ditakdirkan allah pasangan korang tu jodoh korang alhamdulillah..Tapi kalau bukan jodoh korang apa perasaan korang masa tu..??mesti korang kecewa..

Percaya lah korang akan bahagia kalau bercinta lepas kawin..serahkan jodoh tu pada allah..insyaAllah allah akan cari jodoh yang baik baik buat korang.tak guna bercinta awal-awal ni. lebih baik korang tumpukan pada pelajaran atau kerjaya korang...

Banyak benda yang boleh buat korang bahagia ketika korang single antaranya keluarga dan kawan-kawan.Takpun korang dekatkan diri korang dengan Allah insyaAllah korang akan jumpa sesuatu yang baru dalam hidup korang..Sesuatu yang korang sediri pun tak boleh nak cakap dengan kata-kata.Sebab tu yang terbaik untuk kita makluknya..


Tahukah korang, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

Bagaimana tu? Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini


Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran


Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Idolaku Nabi Muhammad S.A.W

Idolaku Nabi Muhammad S.A.W

ANDAI ditanya kepada remaja siapakah idola mereka, tentu ramai jawapannya berbeza mengikut minat dan impian masing-masing. Bagi yang menyukai bidang hiburan, tentu memilih penyanyi atau pelakon sebagai idola mereka. Bagi yang meminati sukan pula, bintang sukan yang hebat dan ternama menjadi pilihan. Begitu juga jika mereka meminati bidang lain.
Memilih seseorang yang baik sebagai idola tidak menjadi kesalahan, malah digalakkan sebagai inspirasi dan motivasi dalam mencapai impian dan cita-cita seseorang.

Namun, bagaimana pula jika idola yang dipilih itu amat rendah dari segi akhlak dan moralnya? Tambahan pula, hari ini sumber bacaan, terutama majalah sering memaparkan gelagat, bentuk tubuh, aksi, kisah peribadi dan sebagainya mengenai selebriti popular yang menjadi kegilaan remaja.

Apabila menjadi idola, segala cerita peribadinya akan diingati dan dibawa ke mana-mana. Dengan rasa bangga, mereka mencanangkan pula kepada rakan sebaya mengenai apa yang diketahui mengenai idola itu, hinggakan perkara bersifat peribadi pun turut dihafal dan diingati.

Sesekali difikirkan, itulah agaknya pilihan terbaik remaja masa kini. Itulah idola pujaan hidup mereka yang mesti dicontohi dalam melengkapkan diri sebagai remaja Islam era siber ini.

Dunia remaja sebegitu akan kita dapati di akhbar dan media elektronik. Dunia keremajaan seperti ini dirasakan penuh dengan keseronokan, kegilaan, riuh rendah dan seolah-olah dunia ini berada dalam genggaman mereka.

Amat jarang kita mendengar remaja kini menjadikan tokoh pejuang, sarjana, cendekiawan, ulama, pengarang atau mujahid Islam zaman Rasulullah SAW sebagai idola mereka. Seterusnya, meniru dan mengamalkan segala sifat dan peribadi mulia mereka.

Dalam al-Quran dan sejarah Islam, banyak tokoh Islam yang boleh dicontohi. Umpamanya, keperibadian Nabi Muhammad. Allah sendiri mengakui bahawa pada diri Baginda banyak teladan baik untuk diikuti. Antaranya sifat amanah, benar, bijaksana, bersopan-santun, berbudi bahasa, cerdik, lemah-lembut, menjauhi persengketaan dan suka menolong orang lain.

Begitu juga dengan pakaian dan rambut Baginda sentiasa bersih dan kemas. Baginda juga diberi gelaran al-Amin yang bermaksud boleh dipercayai.

Jelaslah, pada usia remaja Baginda, Rasulullah wajar dijadikan model kepada seluruh umat Islam, malah umat manusia sejagat sama ada dari sudut akhlak, muamalah mahupun sahsiah. Sesungguhnya, Allah menjadikan model akhlak, perilaku, perbuatan, perkataan dan keperibadian Baginda semata-mata agar umatnya mengikut dan meniru cara serta gaya Nabi Muhammad yang dikenali sebagai sunnah.

Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu ada contoh teladan yang amat baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak sewaktu susah dan senang." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Begitu juga dengan sahabat dan tokoh Islam seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman Bin Affan, Saidina Ali Bin Abi Talib, Salman al-Farisi, Salahuddin al-Ayyubi dan Abu Ayyub al-Ansari yang sememangnya wajar dicontohi oleh remaja Muslim.

Mereka boleh dijadikan contoh pemuda dalam Islam yang mempunyai keperibadian kuat, setia kepada kawan dan beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad sehingga dimuliakan dan menjadi kebanggaan umat Islam.

Bagi remaja perempuan, alangkah bagusnya menjadikan Siti Khadijah Binti Khuwailid, Maryam Binti Imran, Saidatina Fatimah, Aisyah, Nusaibah dan ramai lagi wanita-wanita salihah yang mempunyai perwatakan, budi pekerti, tabah, cekal dan sebagainya yang boleh dijadikan idola atau role model dalam hidup.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara: masa engkau hidup sebelum mati, masa engkau sihat sebelum sakit, masa engkau lapang sebelum sibuk, masa engkau muda sebelum tua dan masa engkau kaya sebelum miskin."

Hadis itu menjelaskan pentingnya umat Islam merebut lima perkara yang disebutkan oleh Baginda Rasulullah iaitu masa hidup, sihat, lapang, muda dan senang atau kaya sebelum datangnya lima perkara yang lain iaitu masa mati, sakit, sibuk, tua dan miskin atau ditimpa kesusahan. Apa yang menarik perhatian dalam hadis itu adalah masa muda.

Ia menunjuk dan membuktikan betapa tingginya pandangan Rasulullah terhadap kedudukan remaja. Hal ini dapat difahami bahawa kedudukan remaja dalam sejarah kehidupan manusia termasuk suatu perkara yang tidak boleh diabaikan.

Remaja adalah generasi harapan dalam membangunkan umat. Mereka yang akan mengambil alih tugas generasi tua untuk memimpin bangsa dan umat pada masa akan datang. Peranan orang muda penting dalam kehidupan masyarakat kerana watak dan buah fikiran mereka amat diperlukan untuk membangunkan sesebuah negara.

Kemajuan sesebuah negara memerlukan remaja yang cergas dan berpendidikan. Remaja perlu memikirkan secara rasional apakah ertinya hidup. Adakah sekadar untuk hidup di dunia saja, tanpa memikirkan kehidupan di akhirat? Perlu disedari, era moden dengan pelbagai kecanggihan hari ini menjadi medan baru bagi musuh Islam untuk menyerapkan doktrin dan pengaruh buruk mereka ke dalam jiwa remaja.

Hiburan yang dicorakkan mereka adalah alternatif mencapai cita-cita itu. Maka, lahirlah personaliti dengan rupa wajah yang pelbagai bentuk dari pelbagai sudut, seksi, tampan, gagah, kacak, berpeluk-pelukan dengan pasangan bukan muhrim. Begitu juga pelbagai lagi gelagat yang bercanggah dengan nilai murni agama dan budaya bangsa.

Justeru, penting bagi remaja Islam supaya berusaha membentuk keperibadian berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika ini dilakukan oleh remaja, nescaya akan wujud insan generasi alaf baru yang mempunyai peribadi yang seiring dengan kehendak agama, bangsa dan negara.

Remaja perlu bijak mengendalikan program hidup, di samping selalu memohon kepada Allah melalui doa atau sembahyang supaya ditunjukkan jalan yang benar dan lurus, jauh daripada terpesong ke jalan yang dibentang oleh musuh-musuh Islam.

Firman Allah bermaksud: “Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk." (Surah al-Kahfi, ayat 13)

Credit:http://syukur28.blogspot.com
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Salam Maulidur Rasul



Pok Cik ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di bumi Malaysia ini dan seantero dunia..Tanggal  24 Januari 2013, bersamaan dengan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah merupakan tarikh ulang tahun keputeraan Rasulullah s.a.w yang mana pada tarikh inilah junjungan besar kita dilahirkan ke dunia.

                                Tema Maulidur Rasul pada tahun ini adalah 1433H/2013
                                   WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH..

Jom kita mengenali idola yang selayaknya bagi kita di muka bumi ini iaitu Nabi Muhamad S.A.W :

Saat Nabi Hampir Wafat
Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

“Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut,” kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi.

“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.





Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Copyright © 2013 http://blogpokcik.blogspot.com