Like Like Like..

Sabtu, 9 Februari 2013

Ya Allah Terima Kasih Kau Makbulkan Doaku..



Alhamdulillah..Dah lama aku tak tulis  entry dalam blog ni.Bukan tak  nak tulis cuma tak ada masa..alhamdulillah pagi ni allah beri sedikit masa untuk aku berkongsi  satu lagi artikel dengan korang..

Korang penah pergi Masjid Kristal tak..??Okay kalau korang dah penah pergi apa perasaan masa tu..??Bagi aku masjid kristal ada lah satu tempat yang cukup menarik.Setiap detik dan saat aku menghayati tempat tu tanpa sebarang bicara.Syukur tak terkata tempat yang selama ni aku ingin pergi dah dua kali aku jejaki..

Aku sampai sana dah waktu Maghrib. Suasana kat sini punya la cantik. Ramai jugak orang time nie. Tengok kereta no plat dari luar. Johor ada, Wilayah Persekutuan ada, Kelantan dan Ore-ore Terengganu sendiri pun datang bersiar-siar.Yang singgah situ biasanya nak solat jer.. Aku solat Maghrib dan tunggu nak solat isyak . Suara Iman kat Masjid nie sedap tau. Alhamdulillah biarpun tak dapat solat maghrib berjemaah tapi solat isyak aku dapat berjemaah..Syukur Syukur Syukur..ya allah..

Alhamdulillah..Doa pertama aku di masjid kristal Allah dah tunaikan. Untuk datang sekali lagi ke masjid kristal.satu tempat yang aku tak terfikir untuk datang buat kali kedua.Aku cuma mampu berdoa untuk datang sekali lagi ke masjid kristal..Tiba2 Di hari jumaat 8/2/13 doa aku dimakbulkan..pada hari yang sama juga aku pergi sekali lagi ke masjid tu..

Dan pada hari yang sama juga aku belajar banyak benda..Antaranya kesabarang dan juga kawal emosi aku ni..Entah lah  pada malam tu ada benda yang buat diri aku jadi bisu seribu bahasa..aku dah rasa benda sebelum tu lagi sebelum aku datang ke terengganu lagi..malam tu benda yang aku rasa betul2 datang dalam diri aku..mungkin Allah nak uji aku..wallahualam

Alhamdulillah..Dalam perjalanan pulang aku dapat kawal kembali emosi aku..betul cakap orang kalau marah baik diam dari terus berbicara..

Maaf Kalau AKU Yang Pok Cik Gunakan Terlalu Kasar..
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Jumaat, 1 Februari 2013

Kewajipan Solat Jumaat



Hari ini kita dapati semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat Jumaat. Ada yang leka menjamu selera dan berbual-bual di kedai kopi ketika orang lain sedang menunaikan fardhu Jumaat. Ada yang mengambil kesempatan balik tidur di rumah tanpa merasa berdosa meninggalkan solat Jumaat. Ada pula yang pergi ke masjid tetapi tidak mahu menunaikan solat, sebaliknya melepak di atas tembok, basikal dan motorsikal tanpa merasa bersalah.


Mereka pulang bersama orang yang bersolat Jumaat pulang. Mereka tidak sedar bahawa hukum meninggalkan solat Jumaat walaupun sekali adalah berdosa besar. Jika kita tidak menunaikan solat Jumaat hati kita akan ditutup rapat dan tidak dapat lagi menerima kebaikan dan hidayah. Kita juga akan terpinggir dari rahmat Allah. Malah kita akan digolongkan bersama orang-orang yang munafik. Orang munafik ini menurut firman Allah dalam surah An-Nisa' bakal dihumban ke dalam neraka yang paling bawah, di dasar jahanam. Alangkah malang dan hinanya nasib manusia yang tidak mahu menunaikan solat Jumaat ini .


Allah berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 145:
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu di tetapkan pada tingkatan yang paling bawah di kolong neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka".


DALIL SOLAT JUMAAT



Kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya:


"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)".


Ayat ini jelas menunjukkan suatu kewajipan mingguan umat Islam iaitu segera menyahut panggilan solat Jumaat. Mereka wajib meninggalkan premis perniagaan atau pejabat dan pekerjaan mereka demi untuk menghadirkan diri ke masjid dan demi solat fardhu Jumaat. Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

"Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh" - (Riwayat An-Nasa'i)


Apa yang merunsingkan kita akhir-akhir ini ialah semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan solat Jumaat. Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam jiwa mereka. Tanpa solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat orang Islam akan runtuh sifat-sifat keislaman mereka. Iltizam mereka terhadap syariat Islam akan menjadi luntur. Mereka akan mudah berubah menjadi peruntuh sendi kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara.


Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan"- (Riwayat At-Tabrani)


Kesimpulannya, marilah sama-sama kita mengerjakan kewajipan solat Jumaat bagi mengelakkan diri kita di seksa di akhirat serta mendapat hukuman di dunia. Kewajipan ini juga termasukklah mengerjakan solat 5 kali sehari semalam. JOM SOLAT JUMAAT & SOLAT FARDHU...
Salam Ukhwah.. Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Artikel Ini.

Copyright © 2013 http://blogpokcik.blogspot.com